CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

September 16, 2009

Raya datang lagi!


salam buat semua,

lama dah saya tak mengunjungi ruangan ini. maklumlah sibuk dengan kerja sejak dah kerja ni kan... dapat off day je nak rehat kat rumah...

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua yang mengenali diri ini. MAAF ZAHIR & BATIN...

jika ada salah dan silap itu harap di maafkan... sama2 lah kita gembira dan bermaaf - maafan di hari yang mulia ini....

June 11, 2009

yey! abis gak aku study

ari ni aku tengok result exam aku... berdebar gak lau fail kan, sah2 aku kne repeat.
tp alhamdullilah sume lulus dan berjalan lancar spt yg aku harapkan...

pointer aku pn naik gak, so mmg hepi x terkata la!...
ingat lagi dulu kat uitm, aku femes dengan jolokan ' nasi goreng bob'. student lain ikat perut dengan makan meggi je, tp aku ikat perut dengan nasi goreng tanpa lauk.. cuma letak garam dan cili giling...

puas! itulah yang ak dapat simpulkan tentang pelajaran aku selama aku hidup ni....
akhirnya aku bakal menggengam segulung ijazah tak lama lagi...

betul la kata pepatah, usaha tangga kejayaan....

di sini, aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua yang telah membantu aku untuk terus berjaya dalam pelajaran... sesungguhnya, aku memang sayang korang...

wassalam... =)

May 30, 2009

kerja kat KFC


lama gak la aku tak bukak blog ni...
dulu time practikal kat awani hari - hari aku online..
tapi rezeki tak menyebelahi aku sejak kebelakangan ni...
maksud aku, aku tak dapat di serap kat awani...

so, aku tanam anggur je la kat rumah...
tapi aku stat boring...
aku pon cari la keje apa yang halalkan...

sekarang aku kat KFC TESCO KLANG...
penat tok sah cerita la... hari - hari closing balik 2 pagi..
tapi aku x de choice... tawaran pun tak dapat dari mana2 company...

resume aku lak... dah berlambak - loambak dah aku anta... tapi sepi je...
ini mungkin cabaran hidup yang perlu dilalui, sabar je laa kan...
tapi aku masih mengharap akan dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan aku nie...

pengalaman keje KFC, kne maki hamun dengan customer aku sabar je...
paling tak tahan kat sini, bila aku kene buang sampah yang busuk setiap malam.
adalah dalam 5 troli aku kne tolak...huhu...

apa pun hidup kene positif, aku redha je...
sebab aku percaya rezeki ada dimana - mana...
adios!

April 9, 2009

Kabinet Baru DS Najib




apabila melihat kepada barisan baru kabinet PM ke -6 malaysia ni, apa kita harapkan daripada mereka adalah suatu perubahan mapan kearah memperkasakan lagi malaysia dari segi ekonomi dan politiknya yang agak tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

saya secara peribadinya, berasa gembira kerana pemimpin dari borneo masih mendapat tempat di dalam kabinet baru ini. terutamnya datuk seri shafie apdal.

datuk mukhriz pun terpilih untuk menjadi timbalan menteri (MiTi). Pada pandangan peribadi saya sememangnya mukhriz sejak kabinet Pak Lah lagi patutnya sudah dilantik dan diberi kepercayaan sebagai menteri.

tapi satu yang menjadi kemusykilan saya adalah mengapa terdapat seramai 16 orang menteri dari kaum cina??? apakah agenda tersirat datuk seri najib? hanya dia yang mampu menjawab segala persoalan itu...

p/s: tunggu dan lihat...hhhmmm... =)

March 19, 2009

Adakah UMNO Masih Releven???


hujung bulan ni berlangsungnya perhimpunan Agung UMNO peringkat kebangsaan. tetapi sebelum majlis itu berlangsung macam - macam yang kita dah dengar, macam - macam jadi...

KAJIAN MERDEKA CENTRE MENYATAKAN 79% DARIPADA PENGUNDI BERPANDANGAN BAHAWA PARA PERWAKILAN PERLU MENGAMBIL KIRA PANDANGAN RAKYAT BAGI MENENTUKAN BARISAN KEPIMPINAN UMNO KERANA IA MEMBABITKAN KEPIMPINAN NEGARA.

Ssaya sendiri menyokong kenyataan ini. saya bukan nak kata UMNO itu dah tak releven, saya percaya UMNO masih mampu memayungi orang melayu dan mentadbir negara melalui pakatan BN.

diharap kepada perwakilan yang akan bersidang nanti memilih calon yang bersih daripada permainan politik wang dan yg sewaktu dengannya. kerana kajian yg dijalankan bukanlah main main, tetapi sumbernya boleh dipercayai.

dalam hal ini, perwakilan harus juga menimbangkan apa yang dikehendaki oleh rakyat biasa. jika tidak maka berkuburlah UMNO pada PRU13 nanti.

sehubungan dengan itu UMNO sendiri haruslah menjadi parti perjuangan seperti asas dan objektif penubuhannya dulu, bukannya menjadi parti peluang samata - mata. tidak guna pemimpin terpekik terlolong jika misi perjuangan yang sebenarnya tidak pandang serius.

UMNO masih boleh selamat, cuma sekarang perlu strategi untuk menambat hati rakyat.

p/s; semoga perhimpunanan agung nanti berjalan dengan lancar dan semoga pemimpin yang bersih dan terbaik serta berwibawa akan menang!

March 6, 2009

I am Somebody or I am No body???

yes! itulah yang i rasa sekarang nie... mula2 dulu masa dapat praktikal kat tempat yang susah nak dapat i really proud of myself. sampaikan saya rasa diri lebih bagus berbanding dengan orang lain, dan saya bercakap tanpa berfikir serta berlandaskan fakta.

saya sebenarnya terlupa yang saya berkerja dengan individu2 yang sudah lama dalam industri ini, yang ternyata lebih bijak daripada saya dan sebenarnya banyak yang saya boleh belajar daripada mereka. tetapi saya ada satu masalah pada masa itu "I AM NOT LISTENING" why???? coz i feel i am good...

now, i feel nothing and no body pulak... kenapa? kerana saya mula sedar siapa diri ini dan patutnya inilah masanya saya untuk belajar dan extract sebanyak mungkin ilmu yang berguna dalam bidang kewartawanan dan media daripada mereka...

syukur kehadarat Allah s.w.t kerana saya kini sedar dan cuba untuk kembali ke pangkal jalan. saya sebenarnya seorang pendengar setia, bukan keras kepala tetapi sentiasa dahagakan nasihat dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman.

saya lupa, dulu saya tinggal kat rumah pondok, disitulah dapur, tempat tidur dan untuk mandi... saya lupa dulu rumah saya tidak ada elektrik dan kalau nak tengok TV kena pergi rumah orang sebelah, saya lupa yang dulu saya adalah seorang budak yang bodoh, dan lembab tetapi penuh dengan cita2 di dada untuk berjaya. saya lupa siapa diri saya yang sebenarnya...dan saya lupa saya telah berkerja keras selama 12 tahun untuk mencapai apa yang saya ada hari ini.

tetapi itulah manusia, acap kali melakukan kesilapan, tetapi bersyukur kerana saya masih belum terlambat untuk sedar...

so, kepada siapa2 yang baca posting nie, masih belum terlambat untuk anda sedar dan mulakan kembali apa yang telah anda mulakan... =)

March 1, 2009

barang malaysia berkualiti?


pada 16 januari lalu, PM melancarkan lagi kempen 'belilah barangan malaysia,pilihan bijak". mula2 tue saya pikir jugak kenapa lah gov nak lancar kempen nie lagi time2 ngah gawat nie, dulu 1998 pun time gawat juga.

tetapi yang lainnya, dulu kempen nie kurang berkesan sebab produk malaysia still teruk lagi, baik beli barang import kn?? tapi... sekarang lain dah, barang malaysia boleh jual apa... saya sendiri beli barang malaysia.

kalau ada orang still nak cakap pasal kualiti tak ok, tak syok pakai barang malaysia, thats mean orang tue memang tak support barang tempatan. contohnya kita ambil kereta PROTON yang boleh jual dan laku kat overseas. selain itu produk IKS juga dapat sambutan seperti kerepek pisang, buah-buahan tempatan sememangnya mendapat sambutan hangat orang asing.

batik umpamanya yang suatu ketika dulu diperjuangkan oleh allahyarhamah Datin Seri indon hingga ke eropah mendapat sambutan hangat disana semasa pertunjukan fesyen antarabangsa di paris, milan, london dan sebagainya.

cuma sekarang nie, mentaliti masyarakt kita yang kena diubah, kalau orang asing boleh percaya dan nak guna barang malaysia kenapa tidak kita kan?? fikir-fikirkanlah