KAJIAN MERDEKA CENTRE MENYATAKAN 79% DARIPADA PENGUNDI BERPANDANGAN BAHAWA PARA PERWAKILAN PERLU MENGAMBIL KIRA PANDANGAN RAKYAT BAGI MENENTUKAN BARISAN KEPIMPINAN UMNO KERANA IA MEMBABITKAN KEPIMPINAN NEGARA.
diharap kepada perwakilan yang akan bersidang nanti memilih calon yang bersih daripada permainan politik wang dan yg sewaktu dengannya. kerana kajian yg dijalankan bukanlah main main, tetapi sumbernya boleh dipercayai.
dalam hal ini, perwakilan harus juga menimbangkan apa yang dikehendaki oleh rakyat biasa. jika tidak maka berkuburlah UMNO pada PRU13 nanti.
sehubungan dengan itu UMNO sendiri haruslah menjadi parti perjuangan seperti asas dan objektif penubuhannya dulu, bukannya menjadi parti peluang samata - mata. tidak guna pemimpin terpekik terlolong jika misi perjuangan yang sebenarnya tidak pandang serius.
UMNO masih boleh selamat, cuma sekarang perlu strategi untuk menambat hati rakyat.