CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

October 15, 2008

TiPS MENGATASI STRESS


stress adalah satu masalah yang pada sesetengah orang boleh buat kita hilang mood, selau marah, dan tidak dapat berfikir dengan rasional...

semua orang memang ada tahap stress masing2 yang tersendiri. macam bob nie stress bangat dengan assingment, test dan academic writing yang hari2 bob kena menghadap... dalam masa 2 minggu lagi, exam pula bakal menyusul tiba, so bob dah jumpa bagaimana nak redahkan atau nak hendle stress yang melanda... disini bob buana nak laa share ngan korang semua especially yang masih lagi bergelar student tue...

1) TIDUR SEJENAK
- biasanya bob stress sebab tak cukup tidur... biasalah buat keje last minit, apa kata kawan2 semua take time untuk tidur dalam masa 30 minit - 45 minit. pasti korang akan rasa segar semula selepas bangun... jangan tak bangun2 sudah lah, ahaks!

2) MENGURUT
- kalau ada masa pergilah mendapatkan khidmat pakar urut profisional, tak kira lah cara urutan kg ataupun urutan moden... yang penting otot2 badan korang tue dapat direnggangkan, terutamanya bahagian kepala dan leher... jangan urut laen suudahh!!

3) GO FOR ENTERTAINMENT
-sekali sekala tue apalah salahnya jika korang berhibur sikit... contohnyamenyanyi dalam bilik air ke, main alat muzik yang menenangkan jiwa ke dan cubalah hobby baru yang korang tak pernah buat, as long as tak mendatangkan mudarat pada badan anda ok... pasti ini dapat membantu korang sedikit sebanyak laa... ataupun pergi tengok wayang ke...

4) KERAP KETAWA
-ketawa adalah salah satu resipi untuk kekal awet muda... macam bob nie memang ceria orangnya, slalu sangat ketawa sini - sana... pasti sedikit sebanyak dapat melupakan masalah korang tue... jangan ketawa sorang2 sudahlah ok....

5) SAYANGILAH DIRI ANDA
- kita ni hidup cuma sekali jew, so time kita hidup nie laa kena jaga kesihatan supaya kita dipanjangkan usia.. kalau buat kerja tue pula bawak2 laa berehat kalau badan korang da tak boley nak buat keje lagi... jangan paksa diri anda, sebab korang bukanya robot!

baiklah, tue je la yang bob dapat share ngan korang hopefully korang sudi2lah mempraktikkannya tau... happy selalu dan cool...

October 14, 2008

KAWAN @ KULI

salam buat semua... hari ini bob terpanggil untuk menulis tentang isu kawan @ kuli... korang tau tak apa itu kawan dan apa itu kuli? kadang - kadang bila kita berkawan dengan seseorang kita tidak sedar yang sebenarnya kita jadi kuli orang tue... ianya berlaku pada kawan bob yang sorang nie.. dia ingatkan bila berkawan dengan selalu menolong membernya ni akan dibalas dengan kebaikan laa kan, sebenarnya tak minta balasan pun... ialah susah senang mereka bersama.. contohnya pergi kelas, buat assingment dan macam2 lagi laaa...

tetapi oleh kerana kawan kpd member bob nie agak loaded jugak laa dia slalu buat ikut suka hati dia je... selalu bagi arahan dan yang paling penting dia tak pernah respect member bob yang sorang nie... dia rasa dia je betul, semua orang kena dengar cakap dia x de yang boley membangkang... korang rasa orang macam nie layak ke dipanggil seorang insan bernama manusia? ntah laa, korang pikirlah sendiri... lepas tue mentang2 la dia ada duit selalu belanja makan dan minum, makanya dia ingat boley nak arahkan orang tue sesuka hati dia. pendek kata dia nak kongkong dan control gak la member bob nie... hey dunia ni memang macam nie ke? pening bob di buatnya...

dan yangpaling tak tahan tue, member kawan bob nie boley pula tuduh2 yang member bob nie ada keluarkan statement yang seingat member ini dia tak pernah sebut pun, demi ALLAH! katanya... patutlah bob tengok budak tue macam tak de member je... sebab perangai dia tu yang tunjuk bagus laa konon... tapi dari satu segi memang laa dia tue bagus...

yang bob mampu cakap ngan kawan bob tue ialah sabar je laaa... tapi sampai bila nak sabar katanya??? nak putuskan kawan kesian pula katanya, tapi kalau badan sendiri dah teraniaya nak buat apa jadi kawan kan??

bagi bob dalam berkawan ni apa yang penting kita kena saling hormat - menghormati kawan kitalah...itulah yang bob sendiri cari selama nie... tapi dah jumpa kwan macam nie pula adalah kawan2 lain yang mengutuk dan mengata... mulut manusia nk buat macam mana kan...


sebab dia pun manusia jugak ada hati dan perasaan... walau jahat macam mana pun sorang kawan tue, walau dia cakap apa pun dia tak kan berani buat sampai kena simbah dengan air! dasyat betul laa...

hhaa, kalau korang ada idea bagi taulah bob macam mana nak tolong member sorang nie selesaikan masalah dia... kecian kalau dibiarkan...

October 8, 2008

10 SEBAB TAK PERLU MINTAK MAAF...




minta maaf mungkin adalah menjadi perkara terakhir yang akan dilakukan oleh seseorang yang mempunyai ego yang tinggi... tetapi bagi sesetengah orang macam bob nie slalu sangat rasa bersalah dan tak semana -mana terus meminta maaf... walhal kalau difikirkan balik bukannya kita yang bersalah pun...hahaha.. rasa teraniya pun ada...


berikut, cuba anda renungkan kenapa anda tak perlu minta maaf...


i) PERASAAN KAMU

- apa yang korang rasa adalah hak korang. orang lain pun tak kan tahu kalau korang tak cakap...

walau apa pun yang terjadi, korang berhak untuk mempertahankan apa yang korang rasa perlu.

sebab bukan semua orang tahu menghargai perasaan korang seperti diorang nak korang menghargai perasaaan diorang... bob selalu kena korbankan perasaan sendiri, wwaaahhh!!!


ii) LEBIH BERKEBOLEHAN

- Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! so korang kena sentiasa positif dalam segenap hal, pedulikan cakap orang..


iii) MASA LALU

- janganlah nak mintak maaf tentang keputusan yang korang dah buat pada masa lalu... ingat setiap manusia melakukan kesilapan, jadi posibility tue ada... kerana kadang2 keputusan itu bergantung kepada situasi pada masa itu, betul tak? kalau ada yang menentang janganlah heart feeling pulak, cool... tapi bob nie cepat je melenting...huhu... bukan apa semua keputusan terletak di tangan kamu, dan apa yang berlaku pada masa depan bukanlah atas kehendak

korang...


iv) MENJADI PERHATIAN

- Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain... bob suka kalau ramai yang kenal bob, macam artis laa plak!ahakz!! Korang tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana korang yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka... lantak pi laa kn?!


v) MEMUTUSKAN CINTA

-Kalau korang rasa bukan berpunca dari silap korang, korang berhak meminta putus. Untuk apa korang terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan korang juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang korang ingini. Tetapi keadaan yang memaksa! oohh sayang mengerti laa dikau akan perasaan ku ini, cewwahh!


vi) BERKATA JUJUR

-Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Korang tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri korang. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara korang dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran korang ataupun tidak. tepuk dada tanya selera betul tak??


vii) BERTERUS TERANG

- Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, korang sudah tertarik pada orang lain sedangkan korang baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin korang tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada korang terus menipu si dia dan diri korang sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa korang tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada korang terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik korang bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.hehe!


viii) BUKAN BERPUNCA DARI KAMU

-Ada seorang teman memarahi korang kerana rahsianya terbongkar, sedangkan korang bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah korang pun. Berterusteranglah pada si dia yang korang tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama korang. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan korang. Yakinkan dirinya yang korang seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan korang benar-benar tidak bersalah...


xi) ORANG MENUDUH KORANG

-Jika memang bukan korang yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa korang mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu korang agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau korang mengaku, alamatnya korang akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati korang meronta-ronta mengatakan bahawa korang tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.


x) DIPAKSA

- Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang korang tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana korang tidak melakukan tugasan tersebut.


tue je laa yang bob_buana boley share ngan kangkawan semua yea...

bukan apa ada orang yang baik sangat dalam dunia nie, sampai sikit2 nak minta maaf... contohnya bob nie, slalu sangat minta maaf pada perkara2 yang bob tak buat... semua tue jadi pengalaman...


terima kasih laa kpd http://www.tentangcinta/ sebab sudi bagi bob share idea nie kat blog bob...hehe

October 7, 2008

MUDAHKAH BERGELAR SUAMI?


Hari ini saya di kejutkan dengan berita yang mengatakan sepupu saya (lelaki) dah kawin...


lepas tue dah bercerai pulak... umuq baru 17 tahun, ambil SPM plak tue tahun nie...

tetapi dah jadi duda diusia muda...


berikut saya nak kongsi dengan anda beberapa perkara yang perlu ada pada seseorang yang bergelar suami... jom kita tengok!


1) MENJADI PEMIMPIN KELUARGA


2) MENGAJAR AHLI KELUARGA ILMU FARDHU AIN (wajib) MEMBERI DIDIKAN AGAMA YG SECUKUPNYA


3) MEMBERI NAFKAH ZAHIR & BATIN HARUSLAH CUKUP...ehem2


4) MENEGUR, MENASIHAT & MENUNJUK AJAR JIKA ISTERI BUAT SESUATU YANG PATUT...


5)KALAU ISTERI SEDIH, PANDAI2 LAH BUAT SI ISTERI HAPPY...HUHU


6) SUAMI PERLU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN, MENGUTAMAKAN TUHAN, BERCITA2 DAN MEMATLAMATKAN TUHAN


7)SENTIASA BERKERJASAMA DENGAN ISTERI DALAM SEGENAP HAL...jangan hal2 yang "tue" je nk beri kerjasama...


8)SUAMI TIDAK MEMANDANG KEPADA WANITA LAIN... ada lagi lelaki yang setia sampai cam tue skali sekarang ni? anda jawab la sendiri yea!


9) KEJAHATAN, KELAMAHAN & KESILAPAN ISTERI TAK DI CERITAKAN PADA ORANG LAIN... ingat tue, dosa tau!


10) JADILAH SUAMI YANG ROMANTIK... ini tak time bercinta je kaw2 jiawang sampai bulu roma pun meremang...haha!


okey la uoals, tue je laa yang saya nk kongsi buat masa nie...

wah2 bob nie kan dah pandai bg nasihat pasal hal2 rumah tgga nie kn...

kawin pun belum... calon lagi la x de lg...hehe...


sumber: MASKULIN OKT 08

SELAMAT HARI RAYA


salam...

kawan2 raya korang macam mane? best? boring? biasa2 je?

hhmm...

nampaknya kita masing2 mempunyai pengalaman raya berbeza...


bagi bob pula dah 3 tahun tak beraya...

biasalah orang merantau... tak semeriah di kg halaman...huhu


tetapi yang penting puasa bob cukup sebulan...


bercakap tentang puasa ni plak, byk pengalaman yang tak dapat dilupakan...

bob ni bukan lah orang senang, asal nk buka puasa je mesti hati ni susah hati coz tak tau nk berbuka ngan apa... duit x cukup, mak bagi pun ckup2 je...


tetapi atas limpah kurnia Allah swt, dapat lah bob "makan free" apabila ramai kawan2 yang nk blanja buka puasa... alahamdullilah...


ada satu hari tue lalu kat depan rumah jiran bob "makcik saodah" namanya..

tujuan asal nk pergi kedai beli telur, utk di jadikan lauk ketika berbuka nanti...

susah hati gak sbb duit dah nak abis, mak pula tak bg2 hint tok balik klang amik duit...


di alkisahkan cerita makcik nie panggil lah bob... apa lagi bob yang mesra semacam ni, senyumlah selebar2nya... tiba2 dia hulur satu plastik besar...

tau tak ape yg makcik tue bagi???

hhaa... makcik tue bagi udang, sotong, sayur dan ikan...

katanya dia nk balik kg dah, so kalau simpan barang2 tue kat peti sejuk takut rosak, jadi lebih baik bagi bob makan.. dapat pahala katanya...


apa lagi bukan main hepi bob dibuatnya jimat skit RM3.40 tok beli telur...

wah2 makan besarlah bob selama 3 hari 3 malam berturut2...rezeki jangan ditolak...hehe


lepas tue bob pun menang la hamper hasil masuk pertandingan kuiz kat fakulti... tue pun kene paksa masuk.. tapi menang hemper... apa lagi jadi juadah berbuka hamper tue bersama teman2 rapat bob...


bob bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi, walaupun dalam kesusahan, bob tetap teruskan puasa sebulan, dan setiasa berdoa supaya puasa kali ini diringankan seksaan dan cabarannya...


disini bob nk ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini..

buat kawan2 yang selalu belanja makan tue, terima kasih ye, lain kali belanja la lagi...

sbb x de makan yang paling sedap kat dalam dunia ni selain daripada makan free!huhu


wassalam...