CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

October 8, 2008

10 SEBAB TAK PERLU MINTAK MAAF...




minta maaf mungkin adalah menjadi perkara terakhir yang akan dilakukan oleh seseorang yang mempunyai ego yang tinggi... tetapi bagi sesetengah orang macam bob nie slalu sangat rasa bersalah dan tak semana -mana terus meminta maaf... walhal kalau difikirkan balik bukannya kita yang bersalah pun...hahaha.. rasa teraniya pun ada...


berikut, cuba anda renungkan kenapa anda tak perlu minta maaf...


i) PERASAAN KAMU

- apa yang korang rasa adalah hak korang. orang lain pun tak kan tahu kalau korang tak cakap...

walau apa pun yang terjadi, korang berhak untuk mempertahankan apa yang korang rasa perlu.

sebab bukan semua orang tahu menghargai perasaan korang seperti diorang nak korang menghargai perasaaan diorang... bob selalu kena korbankan perasaan sendiri, wwaaahhh!!!


ii) LEBIH BERKEBOLEHAN

- Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! so korang kena sentiasa positif dalam segenap hal, pedulikan cakap orang..


iii) MASA LALU

- janganlah nak mintak maaf tentang keputusan yang korang dah buat pada masa lalu... ingat setiap manusia melakukan kesilapan, jadi posibility tue ada... kerana kadang2 keputusan itu bergantung kepada situasi pada masa itu, betul tak? kalau ada yang menentang janganlah heart feeling pulak, cool... tapi bob nie cepat je melenting...huhu... bukan apa semua keputusan terletak di tangan kamu, dan apa yang berlaku pada masa depan bukanlah atas kehendak

korang...


iv) MENJADI PERHATIAN

- Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain... bob suka kalau ramai yang kenal bob, macam artis laa plak!ahakz!! Korang tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana korang yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka... lantak pi laa kn?!


v) MEMUTUSKAN CINTA

-Kalau korang rasa bukan berpunca dari silap korang, korang berhak meminta putus. Untuk apa korang terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan korang juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang korang ingini. Tetapi keadaan yang memaksa! oohh sayang mengerti laa dikau akan perasaan ku ini, cewwahh!


vi) BERKATA JUJUR

-Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Korang tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri korang. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara korang dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran korang ataupun tidak. tepuk dada tanya selera betul tak??


vii) BERTERUS TERANG

- Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, korang sudah tertarik pada orang lain sedangkan korang baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin korang tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada korang terus menipu si dia dan diri korang sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa korang tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada korang terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik korang bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.hehe!


viii) BUKAN BERPUNCA DARI KAMU

-Ada seorang teman memarahi korang kerana rahsianya terbongkar, sedangkan korang bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah korang pun. Berterusteranglah pada si dia yang korang tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama korang. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan korang. Yakinkan dirinya yang korang seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan korang benar-benar tidak bersalah...


xi) ORANG MENUDUH KORANG

-Jika memang bukan korang yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa korang mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu korang agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau korang mengaku, alamatnya korang akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati korang meronta-ronta mengatakan bahawa korang tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.


x) DIPAKSA

- Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang korang tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana korang tidak melakukan tugasan tersebut.


tue je laa yang bob_buana boley share ngan kangkawan semua yea...

bukan apa ada orang yang baik sangat dalam dunia nie, sampai sikit2 nak minta maaf... contohnya bob nie, slalu sangat minta maaf pada perkara2 yang bob tak buat... semua tue jadi pengalaman...


terima kasih laa kpd http://www.tentangcinta/ sebab sudi bagi bob share idea nie kat blog bob...hehe

2 comments:

MaWaRBiRu86 said...

memang kata-kata awk tu ada kebenarannya bob. tapi kita setuju yg bab memutuskan cinta tu. sepatutnya kita kena memperbaiki lagi hubungan tu supaya lebih baik. tapi, apapun, great blog. kita pun kena fikir jugak secara logiknya. jgn jadi pak turut ajer. mesti ada stand!. Yeeehhhh...

MisZ SuE said...

erm..
great idea..but 4 me, it really up to the individual whether he/she want to apologize or not..
tp..
yg penting...
Jgn sesekali kite sgja lakukan kesalahan pd org lain krn kite tahu bhwa kite boleh mintak maaf dng die..
oke..