CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

January 20, 2009

Alhamdullilah...

akhirnya hari ini 21 jan 2009 saya melangkah penuh dengan debaran dan persoalan di minda berkenaan tempat practikal saya. iaitu Astro Awani. setelah beberapa perbincangan hari sebelumnya dengan orang kuat awani, petang tue jugak dalam pukul 5.50 petang HR call kami...

sekarang doa saya sudah di kabulkan oleh Allah s.w.t kerana penantian saya sebelum ini telah berakhir. untuk hari pertama ini saya, dzul dan mimie di tugaskan under En Suhaimi Sulaiman iaitu dalam department NON BULETIN. saya difahamkan kami kena buat research berkenaan sesuatu isu yang akan dibincangkan secara live dalam rancangan perspektif kita dan Analisis yang akan disiarkan di awani.

setakat ini kami sedang buat isu hot BARRACK OBAMA. yang bestnya daripada saya tak tau apa2 pasal obama kini sampai atuk nenek dia pun kami dah tau...huhu... akhir sekali kami kena bincangkan apa yang kami dah dapat dan deliver masing2 punya opinion. pendek kata kana berhujah dan berfikir sikit lah...

pagi2 lagi suhaimi dah menjemput kami ke cafe untuk sarapan pagi bersamanya. ingatkan dia nak marah saya pasal hal semalam, tetapi tidak. seronok pula rasanya dapat breakfast dan berbual2 denganya. dia sememangnya seorang yang baik hati dan murah dengans senyuman
itulah sebabnya dia menjadi idola saya dalam bidang penyiaran ini...

saya harap pengalaman dpt practikal kat awani nie dapat la saya jadikan panduan bila mohon kerja nanti. secara rasminya kami masing2 dapat meja, dan komputer yang ada internet. mula2 mmg exited laa jugak. tp rupanya tak boleh buka fs, myspace dan etc...huk2..
tak pe la yang penting dah stat parktikal dan tak dok kat rumah jew.. sakit jiwa beb!!haha

p/s; kerja kena rajin... =)

January 16, 2009

APA LA NASIB BADAN...

di saat ini sedih tidak terkata, apabila sampai sekarang saya masih lagi belum dipanggil oleh tempat practikal yang menjadi pilihan... mungkin inilah nasib buruk menimpa saya ditahun baru 2009. semua kawan - kawan sudah pun start parctikal 2 minggu yang lalu.

tetapi oleh kerana saya nak sangat practikal kat tempat tue, saya tetap sabar menanti kerana saya yakin akan kebolehan saya dan pengalaman yang bakal saya timba di tempat tersebut... orang tua2 slalu kata, kalau kita sabar, insyaallah ada hasilnya nanti...

jadi kepada kawan2 semua, doakan lah semoga masalah saya ini dapat diselesaikan secepat mungkin. mungin anda bertanya kenapa saya tak cari jew tempat lain kn?? tetapi buat pengetauhan anda juga, saya tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang saya inginkan. saya akan berusaha dan tetap bersabar. bak kata pepatah " hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

jika tiada aral melintang, saya akan dipanggil untuk practikal sebelum tahun baru cina nanti...


p/s ; PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN =)

January 9, 2009

AZAM 2009!!!


Semua orang ada azam kan tok tahun baru nie???
saya pun ada azam saya juga... nak tau ke???
tahun ni saya nk kerja terus lepas practikal nanti... saya tak nak menganggur, maklumlah pakar economi kan cakap kegawatan economi global bakal melanda lagi. takkkkutttt!!!!

secara jujurnya saya memang tak nak kne himpit dengan masalah ekonomi ni global nie... takut kalau tak de kje nak makan apa pulak kan?? nak bayar PTPTN lagi dan macam2 lagi lah....

saya sering tertanya2 pada diri saya sendiri, kenapa saya mesti graduate pada masa ini??? hhhmm... mungkin ada hikmah disebaliknya kot...
tapi kawan2 cakap rezeki ada dimana2, tak payah takut yang penting niat kita iklass nak keje.. btol gak tue...

tapi saya harap tahun lembu 2009 ni will be the ends of my bad day in life selama 22 tahun menjadi manusia di muka bumi ni... dah tak tahan rasanya hidup dalam kesusahan... apa pun syukur ku panjatkan kepada segala kurniaan yang maha esa, kerana sentiasa memastikan saya tetap maintain berisi...hehe...

so, objektif utama tahun ni adalah cari duit, kumpul duit dan ingat duit. haha!!! macam orang mata duitan pulak kan???
watever laa yang penting i noe what i am doing right now...

i am the new of ALNAJIB AMIN AMIROL (nama ori) the brighter future without forgetting my past cz saya akan jadi kan semua yang pahit dalam hidup sebagai pengajaran... amin...

PRACTIKAL TRAINING


SALAM,

semester ni bob berada di semester 6 tahun pengajian. alhamdullilah sebab bob lulus semua paper exam last semester. sekarang bob boleh teruskan hidup dengan menjalani latihan industri. tetapi agak sedih juga la sebab kawan - kawan yang lain start practikal pada 5 januari 2009. tetapi bob akan start lambat sikit pada 15 januari ni.


haa, untuk pengetauhan semua, jika tidak ada aral yang melintang, insya allah bob akan ke ASTRO AWANI. nervous juga la nak ke sana. setakat ini bob dah buat persediaan yang perlulah untuk praktikal ni. contohnya buat revision sikit pasal NEWS. sebab awani tu kan 24 jam cakap pasal berita aje...


terus terang bob cakap kat sini, tak pernah pun terlintas nak praktikal kat astro. sebelum ni dalam otak bob asyik ingat pasal TV3 or RTM. tak sangka apabila bob antar resume through email kpd salah seorang producer astro awani secara suka - suka akhirnya bob di panggil untuk interview. dan sekarang cuma menanti tarikh keramat untuk start. tak sabar rasanya. lagi pun boring laa duduk rumah...


bob sebenarnya bukan suka sangat news ni, sebab bob lebih kepada entertainmnet. tetapi tak pe la kan, mana yang datang dulu kita sambar je la kan? bob tak nak memilih sangat sebab yang penting sekarang bob harap dapat memberi kan yang terbaik time practikal selama 4 bulan ini.


ramai juga kawan - kawan yang nak ke sana, tetapi bob memang patut bersyukur kerana bakal diberi peluang oleh sebuahg station yang begitu gah dalam industri penyiaran tanah air kita...


kahir sekali, bob harap bob bukan sahaja dapat menimba ilmu dan pengalaman di sana nanti, tetapi lebih daripada itu. sebab bob kan bercita - cita nak jadi 'broadcast jurnalist' yang terkenal suatu hari nanti.huhu... kepada kawan2 semua doakan lah semoga bob dapat mengharungi semua cabaran yang mendatang ini k...

wallahualam.... =)