CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

March 19, 2009

Adakah UMNO Masih Releven???


hujung bulan ni berlangsungnya perhimpunan Agung UMNO peringkat kebangsaan. tetapi sebelum majlis itu berlangsung macam - macam yang kita dah dengar, macam - macam jadi...

KAJIAN MERDEKA CENTRE MENYATAKAN 79% DARIPADA PENGUNDI BERPANDANGAN BAHAWA PARA PERWAKILAN PERLU MENGAMBIL KIRA PANDANGAN RAKYAT BAGI MENENTUKAN BARISAN KEPIMPINAN UMNO KERANA IA MEMBABITKAN KEPIMPINAN NEGARA.

Ssaya sendiri menyokong kenyataan ini. saya bukan nak kata UMNO itu dah tak releven, saya percaya UMNO masih mampu memayungi orang melayu dan mentadbir negara melalui pakatan BN.

diharap kepada perwakilan yang akan bersidang nanti memilih calon yang bersih daripada permainan politik wang dan yg sewaktu dengannya. kerana kajian yg dijalankan bukanlah main main, tetapi sumbernya boleh dipercayai.

dalam hal ini, perwakilan harus juga menimbangkan apa yang dikehendaki oleh rakyat biasa. jika tidak maka berkuburlah UMNO pada PRU13 nanti.

sehubungan dengan itu UMNO sendiri haruslah menjadi parti perjuangan seperti asas dan objektif penubuhannya dulu, bukannya menjadi parti peluang samata - mata. tidak guna pemimpin terpekik terlolong jika misi perjuangan yang sebenarnya tidak pandang serius.

UMNO masih boleh selamat, cuma sekarang perlu strategi untuk menambat hati rakyat.

p/s; semoga perhimpunanan agung nanti berjalan dengan lancar dan semoga pemimpin yang bersih dan terbaik serta berwibawa akan menang!

March 6, 2009

I am Somebody or I am No body???

yes! itulah yang i rasa sekarang nie... mula2 dulu masa dapat praktikal kat tempat yang susah nak dapat i really proud of myself. sampaikan saya rasa diri lebih bagus berbanding dengan orang lain, dan saya bercakap tanpa berfikir serta berlandaskan fakta.

saya sebenarnya terlupa yang saya berkerja dengan individu2 yang sudah lama dalam industri ini, yang ternyata lebih bijak daripada saya dan sebenarnya banyak yang saya boleh belajar daripada mereka. tetapi saya ada satu masalah pada masa itu "I AM NOT LISTENING" why???? coz i feel i am good...

now, i feel nothing and no body pulak... kenapa? kerana saya mula sedar siapa diri ini dan patutnya inilah masanya saya untuk belajar dan extract sebanyak mungkin ilmu yang berguna dalam bidang kewartawanan dan media daripada mereka...

syukur kehadarat Allah s.w.t kerana saya kini sedar dan cuba untuk kembali ke pangkal jalan. saya sebenarnya seorang pendengar setia, bukan keras kepala tetapi sentiasa dahagakan nasihat dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman.

saya lupa, dulu saya tinggal kat rumah pondok, disitulah dapur, tempat tidur dan untuk mandi... saya lupa dulu rumah saya tidak ada elektrik dan kalau nak tengok TV kena pergi rumah orang sebelah, saya lupa yang dulu saya adalah seorang budak yang bodoh, dan lembab tetapi penuh dengan cita2 di dada untuk berjaya. saya lupa siapa diri saya yang sebenarnya...dan saya lupa saya telah berkerja keras selama 12 tahun untuk mencapai apa yang saya ada hari ini.

tetapi itulah manusia, acap kali melakukan kesilapan, tetapi bersyukur kerana saya masih belum terlambat untuk sedar...

so, kepada siapa2 yang baca posting nie, masih belum terlambat untuk anda sedar dan mulakan kembali apa yang telah anda mulakan... =)

March 1, 2009

barang malaysia berkualiti?


pada 16 januari lalu, PM melancarkan lagi kempen 'belilah barangan malaysia,pilihan bijak". mula2 tue saya pikir jugak kenapa lah gov nak lancar kempen nie lagi time2 ngah gawat nie, dulu 1998 pun time gawat juga.

tetapi yang lainnya, dulu kempen nie kurang berkesan sebab produk malaysia still teruk lagi, baik beli barang import kn?? tapi... sekarang lain dah, barang malaysia boleh jual apa... saya sendiri beli barang malaysia.

kalau ada orang still nak cakap pasal kualiti tak ok, tak syok pakai barang malaysia, thats mean orang tue memang tak support barang tempatan. contohnya kita ambil kereta PROTON yang boleh jual dan laku kat overseas. selain itu produk IKS juga dapat sambutan seperti kerepek pisang, buah-buahan tempatan sememangnya mendapat sambutan hangat orang asing.

batik umpamanya yang suatu ketika dulu diperjuangkan oleh allahyarhamah Datin Seri indon hingga ke eropah mendapat sambutan hangat disana semasa pertunjukan fesyen antarabangsa di paris, milan, london dan sebagainya.

cuma sekarang nie, mentaliti masyarakt kita yang kena diubah, kalau orang asing boleh percaya dan nak guna barang malaysia kenapa tidak kita kan?? fikir-fikirkanlah