CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

February 26, 2009

Berfikirkah Anda?




baru sekarang saya sendiri sedar yang saya ni sebenarnya tak banyak berfikir sebelum ini... sebab terlalu banyak perkara yang yang dulu saya tak tahu tapi sekarang dah tahu sikit...OMG!!!

sejak start practikal ni, mmg life 360 degree berubah habis laa... sebelum ini belajar jew tapi sekarang dah kerja, tapi kerja bukan setakat kerja biasa2 je tapi kena berfikir dan terus berfikir dari pelbagai sudut.

hari2 saya naik bus pergi dan balik kerja. so sekarang baru saya realize yang saya sebenarnya banyak berfikir dan analize balik apa yang saya lakukan dalam satu hari tue. mula2 tue berdenyut2 jugak la kepala otak, tapi sekarang dah kira boleh accepts skit2 keadaan ini...

betul kata suhaimi sulaiman, kalau saya nak berjaya, nak orang pandang tinggi "ilmu" yang paling penting, pada masa yang sama bercakap berlandaskan fakta. en kamarul bahrin pula cakap "observation is a learning process" en nazri pula cakap " dont think on the surface only"...

sebenarnya saya memang perlu banyak berfikir demi kebaikan diri sendiri juga... tapi itulah masalah orang melayu apabila tak nak berfikir banyak sangat...

hopefully anda2 yang membaca dan rasa diri tue tak berfikir sangat, jom! kita berfikir dan ingat fikirlah yang positif dan membawa manfaat buat kita semua.

=)

February 25, 2009

Rezeki daripada Monyet Albino


Rezeki Allah swt ada di mana-mana atau datangnya rezeki itu dari mana dan siapa, hanya Allah swt yang tahu.

Begitulah ceritanya di nst hari ini tentang seorang petani miskin di Selatan Thailand. Oleh kerana terlalu miskin, isterinya telah meninggalkan dia bersama 2 orang anak anaknya. Sejak dia terjumpa Monyet Putih atau Albino dalam perangkap dan membelanya beribu-ribu orang telah datang melihat Monyet Albino ini dan kehidupan Petani ini berubah menjadi senang. Para pengungjung membawa bermacam macam hadiah dan memberinya wang.

Dia menggelar Monyet Albino ini Ayah Putih.

Dia juga enggan menjualnya walaupun telah ditawarkan RM300,000.00. Dia telah bermimpi bertemu seorang wanita yang berpesan supaya menjaga Ayah Putih baik baik dan kalau tidak mahu, lepaskan sahaja dia kembali ke dalam hutan.

Siapa kata zaman sekarang tak ada cerita dongeng??

orang memang suka cerita dongeng apa...hehe

February 16, 2009

Mentaliti Orang Melayu


sebelum ini, bila orang bercakap tentang mentaliti orang melayu, saya sendiri tidak pernah menghiraukannya, pada saya lantak lah apa orang nak cakap. tetapi apabila perkara ini dah kena pada diri sendiri, maksud saya apabila ada somebody cop saya seorang yag mempunyai pemikiran dan metaliti orang melayu, saya agak terkejut dan tidak boleh menerima tuduhan itu, kerana perkataan ini biasanya menunjukkan kelakuan negatif yg dilakukan oleh sesetengah orang. dan bila difikir2kn saya sedikit sebanyak cuba untuk merubah apa yag perlu demi kebaikan diri saya jugak.

tetapi orang yang menuduh dan mencop saya, sedaya upaya menunjukkan yang mereka ini berfikiran kelas pertama dan sentiasa up to date. saya akui dalam sesetengah perkara saya bangga dengan mereka. tetapi tanpa budaya melayu dalam diri seseorang itu apa gunanya lagi jadi orang melayu, nama islam dan bercakap melayu? dalam sesetengah hal saya juga melihat mereka cederung kearah barat. pada saya tak de apa apa sangat yang boleh dibanggakan dengan barat nie. tetapi mereka tak sedar, malah menuduh orang lain, seolah - olah malu mengaku diri sendiri orang melayu.

jika beginilah mentaliti bangsa melayu yang kononnya meresakan diri mereka bebas dari mentaliti melayu, mmg amat menyedihkan. sepatutnya mereka mempertahankan bangsa ini sejak dulu, kini dan selamanya...

apa2 pun tepuk dada tanya selera...

p/s; takkan melayu hilang didunia~Hang Tuah =)

February 11, 2009

Pakej Rangsangan ke-2


PAKEJ RANGSANGAN KE-2: NAJIB PERLUKAN PENDAPAT RAKYAT

Kerajaan bercadang umumkan pakej rangsangan ekonomi kedua tidak lama lagi untuk bantera krisis global yang sedang melanda negara. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, minta rakyat jelata berikan pandangan dan cadangan mengenainya. Beliau minta kita kirimkan komen ke blog www.1malaysia.com.my. – Ruhanie Ahmad

NAJIB: MALAYSIA PERLU PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

PEKAN, 24 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah progresif Malaysia dalam memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi kedua adalah perlu dalam ketidaktentuan ekonomi global pada masa ini.

"Adalah baik bagi kita melakukannya secara progresif kerana kita tidak tahu saiz masalah global itu tetapi menurut penilaian kita, pakej kedua itu amat perlu.

"Sebaik sahaja kita memenuhi penilaian itu, maka, bermulakan proses pembentukan pakej kedua itu," katanya. - BERNAMA

source: puteramaya.blogspot.com

'VOX POP'


Mula2 tue i sendiri tak tau apa tu vox pop, walaupun student broadcasting. rupa2nya pedapat orang rami... pengalaman pertama buat vox pop ni masa pergi ke bb, interview orang kat sana. i follow zulhelmi one of the anchor la. best dan kita tak sedar masa berlalu begitu sahaja, especially bila kit dapat interview orang yg memang nak bercakap dan ada idea.

tapi satu jew masalah orang kat malaysia ni, susah sangat nak bercakap. ada kata hilang suara la, x make-up lagi la, tak ready dan tak kurang juga yang cakap not interested. tapi kalau suruh mengumpat dan mengata orang , orang malaysia laa no. 1, oopps!!! bukan semua segelintirnya saja laaa... pada hal soalan yg ditanya mostly berkaitan dengan daily life kita as a human pun.

kata semua ada pendidikan, tetapi kenapa kita nak suruh komen sikit pun tak nak kan??? rasanya itu adalah salah satu pengalaman yg i dapat as wartawan pelatih. apa pun i tak pernah frust untuk mencuba lagi...

so, kepada masyarakat diluar sana, patutnya lebih open dalam memberikan pendapat dorang.

February 9, 2009

Valentine Day




Valentine day dah dekat, semua couple mesti tengah pikir nak buat apa kn?? tak kisahlah korang nak buat apa yang penting kene berjimat skit.. kan ekonomi down turn. buatlah sekadar yang termampu.. si gurls pulak jangan la mintak yg mahal2 kat bf korang.. yg penting kasih sayang yang berkekalan sampai kejinjang pelamin dan ke akhir hayat...

ada juga yg tak sambut valentine ni kn? biasa la... tapi bagus gak lau ada couple yg mcm nie cz tak payah bazir duit dan yg sewaktu dengannya... tapi korang terlepas promosi2 hebat time2 macam nie..hehe...

apa pun, bob ucapkan selamat menyambut hari kekasih buat semua pasangan berkasih. ingat! jangan buat perkara2 yg negetif sudah la k...

adios!!! =)

February 5, 2009

Apa - Apa Aje

semakin hari semakin sibuk dengan kerja - kerja 'berfikir' memerah otak sambil duduk menghadap PC. memanglah tak penat tapi otak penat beb, boleh bengong rasanya! tapi tak pe yg penting saya suka dengan kerja saya. atleast company nie bagi kepercayaan dan tanggungjawab pada saya dan kawan2 praktikal yang lain.

selain itu, kat sini juga saya sentiasa kena update dengan isu2 terbaru yang berlaku dalam dan luar negara. sebelum ni tak de informasi sangat. setakat dunai2 artis tu saya tau la. sekarang kena berfikir globaly semua isu masuk cthnya; ekonomi dan politik.

selama kat sini, saya dah jumpa banyak artis/ selebriti (banyak ker?) adalah... contohnya Tiara jecqualina, faizal tahir dan yang the latest one is Riche Rachman... apa yang paling best skali apabila my 1st idea 'DAPUR TAK BERASAP' on air kat rancangan WW dimana saya bernaung... lain rasanya,sambil tersenyum dan tersengih sendiri...hehe... apa yg lagi best apabila muka sendiri kuar rancangan nie tok bagi komen dr sudut pandang orang ramai. best tu mmg best, tapi rasanya punahlah harapan nak jadi pengacara sebab muka kita tak mesra camera langsung! sedey...

p/s; harap2 banyak lagi pengalaman yang best2 yg saya boleh dapat kat sini. sekarang baru saya rasa berbaloi menunggu...huh =D

February 4, 2009

www.u-wartawan.blogspot.com

hai semua, saya terpanggil lagi untuk menulis diruangan ini. seperti yang semua sedia maklum saya sedang mengikuti latihan industri di ASTRO AWANI. sebuah stesen berita dan berinformasi. kini awani sedang memperkenalkan satu program baru yang diberi nama U WARTAWAN.

U WARTAWAN , adalah satu program tv yang interaktif dan diwujudkan khas untuk generasi muda meluahkan pendapat mereka (audience interactive program). ianya mengupas pelbagai isu dalam dan luar negara. intipati program ini adalag pandangan generasi muda yang sememangnya semakin mendapat perhatian kini. belia di luar sana boleh mengemukakan komen dan pandangan anda melalui rancangan ini.

jika anda ada blog, video, mms,sms anda boleh boleh menghantar pandangan anda kepada kami. kami mengalu - alukan anda untuk get involve in this program. yang penting anda ada pandangan dan komen yang tersendiri melalui perspektif yang boleh dibawa kehadapan supaya pihak berwajib dapat melihat pandangan anda sebagai generasi muda. inilah revolusi generasi Y pada masa kini.

antara isu yang kami bincangkan dan perlukan pandangan anda ialah 'dalam keadaan ekonomi yang sedang tidak menentu ini, perlukah kita berjimat cermat atau berbelanja'?

kami akan bersiaran setiap hari isnin - jumaat, pulul 11 malam yang dihoskan oleh Hj Nazri Kahar.

jamgan lupa lawati blog u wartawan dalam senarai blog list saya

p/s; pandangan anda untuk menginteraktifkan lagi program ini amat dialu - alukan =)