CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

March 19, 2009

Adakah UMNO Masih Releven???


hujung bulan ni berlangsungnya perhimpunan Agung UMNO peringkat kebangsaan. tetapi sebelum majlis itu berlangsung macam - macam yang kita dah dengar, macam - macam jadi...

KAJIAN MERDEKA CENTRE MENYATAKAN 79% DARIPADA PENGUNDI BERPANDANGAN BAHAWA PARA PERWAKILAN PERLU MENGAMBIL KIRA PANDANGAN RAKYAT BAGI MENENTUKAN BARISAN KEPIMPINAN UMNO KERANA IA MEMBABITKAN KEPIMPINAN NEGARA.

Ssaya sendiri menyokong kenyataan ini. saya bukan nak kata UMNO itu dah tak releven, saya percaya UMNO masih mampu memayungi orang melayu dan mentadbir negara melalui pakatan BN.

diharap kepada perwakilan yang akan bersidang nanti memilih calon yang bersih daripada permainan politik wang dan yg sewaktu dengannya. kerana kajian yg dijalankan bukanlah main main, tetapi sumbernya boleh dipercayai.

dalam hal ini, perwakilan harus juga menimbangkan apa yang dikehendaki oleh rakyat biasa. jika tidak maka berkuburlah UMNO pada PRU13 nanti.

sehubungan dengan itu UMNO sendiri haruslah menjadi parti perjuangan seperti asas dan objektif penubuhannya dulu, bukannya menjadi parti peluang samata - mata. tidak guna pemimpin terpekik terlolong jika misi perjuangan yang sebenarnya tidak pandang serius.

UMNO masih boleh selamat, cuma sekarang perlu strategi untuk menambat hati rakyat.

p/s; semoga perhimpunanan agung nanti berjalan dengan lancar dan semoga pemimpin yang bersih dan terbaik serta berwibawa akan menang!

4 comments:

azlishukri said...

saya setuju dgn artikel saudara ini.

bob chairell syafieq said...

terima kasih saudara azli shukri...
semamangnya UMNO perlukan satu perubahan yang besar

LoyalWarrior said...

Ya, saya amat bersetuju UMNO perlu di 'Overhaul'. Saya bayangkan UMNO sekarang seperti sebuah kereta antik yang amat berharga untuk dijual dan dilepaskan oleh orang melayu & bumiputra, tetapi enjinnya perlu dibuat sesuatu untuk terus bergerak mengikut peredaran zaman. Masa untuk berubah dengan mengubah kepada pemimpin yang berkarisma dan bekerja untuk memajukan bangsa bukan segelintir pemimpinnya bekerja memajukan 'poket' sendiri.

bob chairell syafieq said...

hhmmm...mendalam maksud tue abang setia. tapi tu laa yg kita harapkan satu perubahan... =)