CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

March 6, 2009

I am Somebody or I am No body???

yes! itulah yang i rasa sekarang nie... mula2 dulu masa dapat praktikal kat tempat yang susah nak dapat i really proud of myself. sampaikan saya rasa diri lebih bagus berbanding dengan orang lain, dan saya bercakap tanpa berfikir serta berlandaskan fakta.

saya sebenarnya terlupa yang saya berkerja dengan individu2 yang sudah lama dalam industri ini, yang ternyata lebih bijak daripada saya dan sebenarnya banyak yang saya boleh belajar daripada mereka. tetapi saya ada satu masalah pada masa itu "I AM NOT LISTENING" why???? coz i feel i am good...

now, i feel nothing and no body pulak... kenapa? kerana saya mula sedar siapa diri ini dan patutnya inilah masanya saya untuk belajar dan extract sebanyak mungkin ilmu yang berguna dalam bidang kewartawanan dan media daripada mereka...

syukur kehadarat Allah s.w.t kerana saya kini sedar dan cuba untuk kembali ke pangkal jalan. saya sebenarnya seorang pendengar setia, bukan keras kepala tetapi sentiasa dahagakan nasihat dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman.

saya lupa, dulu saya tinggal kat rumah pondok, disitulah dapur, tempat tidur dan untuk mandi... saya lupa dulu rumah saya tidak ada elektrik dan kalau nak tengok TV kena pergi rumah orang sebelah, saya lupa yang dulu saya adalah seorang budak yang bodoh, dan lembab tetapi penuh dengan cita2 di dada untuk berjaya. saya lupa siapa diri saya yang sebenarnya...dan saya lupa saya telah berkerja keras selama 12 tahun untuk mencapai apa yang saya ada hari ini.

tetapi itulah manusia, acap kali melakukan kesilapan, tetapi bersyukur kerana saya masih belum terlambat untuk sedar...

so, kepada siapa2 yang baca posting nie, masih belum terlambat untuk anda sedar dan mulakan kembali apa yang telah anda mulakan... =)

3 comments:

Anonymous said...

gitulah bob!cayoik!

bob chairell syafieq said...

haha...
motif sangat kan jue???
biasa laa... i kan no body kat "sini"

Anonymous said...

best blog