CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

January 9, 2009

PRACTIKAL TRAINING


SALAM,

semester ni bob berada di semester 6 tahun pengajian. alhamdullilah sebab bob lulus semua paper exam last semester. sekarang bob boleh teruskan hidup dengan menjalani latihan industri. tetapi agak sedih juga la sebab kawan - kawan yang lain start practikal pada 5 januari 2009. tetapi bob akan start lambat sikit pada 15 januari ni.


haa, untuk pengetauhan semua, jika tidak ada aral yang melintang, insya allah bob akan ke ASTRO AWANI. nervous juga la nak ke sana. setakat ini bob dah buat persediaan yang perlulah untuk praktikal ni. contohnya buat revision sikit pasal NEWS. sebab awani tu kan 24 jam cakap pasal berita aje...


terus terang bob cakap kat sini, tak pernah pun terlintas nak praktikal kat astro. sebelum ni dalam otak bob asyik ingat pasal TV3 or RTM. tak sangka apabila bob antar resume through email kpd salah seorang producer astro awani secara suka - suka akhirnya bob di panggil untuk interview. dan sekarang cuma menanti tarikh keramat untuk start. tak sabar rasanya. lagi pun boring laa duduk rumah...


bob sebenarnya bukan suka sangat news ni, sebab bob lebih kepada entertainmnet. tetapi tak pe la kan, mana yang datang dulu kita sambar je la kan? bob tak nak memilih sangat sebab yang penting sekarang bob harap dapat memberi kan yang terbaik time practikal selama 4 bulan ini.


ramai juga kawan - kawan yang nak ke sana, tetapi bob memang patut bersyukur kerana bakal diberi peluang oleh sebuahg station yang begitu gah dalam industri penyiaran tanah air kita...


kahir sekali, bob harap bob bukan sahaja dapat menimba ilmu dan pengalaman di sana nanti, tetapi lebih daripada itu. sebab bob kan bercita - cita nak jadi 'broadcast jurnalist' yang terkenal suatu hari nanti.huhu... kepada kawan2 semua doakan lah semoga bob dapat mengharungi semua cabaran yang mendatang ini k...

wallahualam.... =)

0 comments: