CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

February 4, 2009

www.u-wartawan.blogspot.com

hai semua, saya terpanggil lagi untuk menulis diruangan ini. seperti yang semua sedia maklum saya sedang mengikuti latihan industri di ASTRO AWANI. sebuah stesen berita dan berinformasi. kini awani sedang memperkenalkan satu program baru yang diberi nama U WARTAWAN.

U WARTAWAN , adalah satu program tv yang interaktif dan diwujudkan khas untuk generasi muda meluahkan pendapat mereka (audience interactive program). ianya mengupas pelbagai isu dalam dan luar negara. intipati program ini adalag pandangan generasi muda yang sememangnya semakin mendapat perhatian kini. belia di luar sana boleh mengemukakan komen dan pandangan anda melalui rancangan ini.

jika anda ada blog, video, mms,sms anda boleh boleh menghantar pandangan anda kepada kami. kami mengalu - alukan anda untuk get involve in this program. yang penting anda ada pandangan dan komen yang tersendiri melalui perspektif yang boleh dibawa kehadapan supaya pihak berwajib dapat melihat pandangan anda sebagai generasi muda. inilah revolusi generasi Y pada masa kini.

antara isu yang kami bincangkan dan perlukan pandangan anda ialah 'dalam keadaan ekonomi yang sedang tidak menentu ini, perlukah kita berjimat cermat atau berbelanja'?

kami akan bersiaran setiap hari isnin - jumaat, pulul 11 malam yang dihoskan oleh Hj Nazri Kahar.

jamgan lupa lawati blog u wartawan dalam senarai blog list saya

p/s; pandangan anda untuk menginteraktifkan lagi program ini amat dialu - alukan =)

0 comments: