CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

February 16, 2009

Mentaliti Orang Melayu


sebelum ini, bila orang bercakap tentang mentaliti orang melayu, saya sendiri tidak pernah menghiraukannya, pada saya lantak lah apa orang nak cakap. tetapi apabila perkara ini dah kena pada diri sendiri, maksud saya apabila ada somebody cop saya seorang yag mempunyai pemikiran dan metaliti orang melayu, saya agak terkejut dan tidak boleh menerima tuduhan itu, kerana perkataan ini biasanya menunjukkan kelakuan negatif yg dilakukan oleh sesetengah orang. dan bila difikir2kn saya sedikit sebanyak cuba untuk merubah apa yag perlu demi kebaikan diri saya jugak.

tetapi orang yang menuduh dan mencop saya, sedaya upaya menunjukkan yang mereka ini berfikiran kelas pertama dan sentiasa up to date. saya akui dalam sesetengah perkara saya bangga dengan mereka. tetapi tanpa budaya melayu dalam diri seseorang itu apa gunanya lagi jadi orang melayu, nama islam dan bercakap melayu? dalam sesetengah hal saya juga melihat mereka cederung kearah barat. pada saya tak de apa apa sangat yang boleh dibanggakan dengan barat nie. tetapi mereka tak sedar, malah menuduh orang lain, seolah - olah malu mengaku diri sendiri orang melayu.

jika beginilah mentaliti bangsa melayu yang kononnya meresakan diri mereka bebas dari mentaliti melayu, mmg amat menyedihkan. sepatutnya mereka mempertahankan bangsa ini sejak dulu, kini dan selamanya...

apa2 pun tepuk dada tanya selera...

p/s; takkan melayu hilang didunia~Hang Tuah =)

2 comments:

Anonymous said...

sabar je la bob..dorg yg mengate tu xsdar dri..bia je.

LoyalWarrior said...

Bob, saya berbangga menjadi orang melayu. Kita tak perlu malu dengan kelemahan kita, sebenarnya kita harus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan kita. Kalau kita tidak bangga dan memartabatkan bangsa kita, siapa lagi??? Selalunya kepincangan bangsa kita dibuat oleh bangsa kita sendiri.